Isnin, 27 Disember 2010

sbda rasulullah SAW :

“Apabila zina dizahirkan dalam sebuah negeri, sesungguhnya mereka telah menghalalkan bagi diri mereka (penduduk negeri itu) dengan azab Allah.” [HR at-Tabrani].

"Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir dan mengurangi
umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka."
-Hadis riwayat Baihaqi

"Umatku akan sentiasa baik selagi belum lahir anak zina di kalangan mereka. Jika anak zina sudah tersebar di kalangan mereka, maka aku bimbang Allah akan menimpakan azab-Nya kepada mereka."
-Hadis riwayat Imam Ahmad


Di sini jelas, bahawa pemberian nafsu oleh Allah s.w.t kepada manusia adalah tanda kemuliaan manusia melebihi penciptaan lain tetapi jika manusia tidak dapat menguruskannya sebagaimana yang digariskan Allah, maka martabat kemanusiaan akan jatuh setaraf dengan haiwan bahkan lebih teruk dari haiwan.
 

Salah satu cara untuk jauhi zina/perkara2 sewaktu dengannya;-



1. Doa agar diberi rasa benci didalam hati untuk menghampiri atau melakukan maksiat. Lakukan doa dengan ikhlas dan bersungguh2..InsyaAllah akan lahir perasaan itu.

2. Elakkan daripada selalu menonton tv, majalah yang tidak berilmiah, bersembang perkara yang tiada kepentingannya.

3. Perbanyakkan selawat dan zikir 'La ilaha illallah" - untuk penyucian hati.

4. Rajin lakukan solat sunat taubat waktu terluang atau sebelum tidur.

kepada kaum adam dan hawa

setiap tercipta sentiasa berpasangan

buat yang bernama lelaki
kalian mempunyai 9 akal 1 nafsu
kalian seorang yang pintar...
namun di manakah kepintaran kalian
di manakan majoritinya generasi kalian
kalian mempunyai 1 nafsu
di manakah terletaknya iman kalian
adakah iman kalian mengawal nafsu kalian

buat wanita...
ya benar.
kalian dataang dr rusuk kiri adam
kalian mempunyai susuk tubuh yang menarik
kalian adalah kutub utara
lelaki adalah kutub selatan...
lelaki pasangannya adalah kalian...
namun..
jika kalian datang dari rusuk kiri adam
tidak semestinya kalian akan sentiasa bersama adam
antara kalian dan adam ada batasannya

wahai insan semua


susuk hawa dapat menarik kaum adam
jika hawa sentiasa menarik adam
jika adam itu yang sentiasa dikawal nafsu
jika adam itu akalnya panjang
jika adam itu lidahnya berbunga
maka terjerumuslah lelaki dan perempuan
ke lembah kehancuran...

wahai insan bergelar lelaki
wahai insan bergelar perempuan..
kita semua adalah khalifah
tugas kita memakmurkan bumi
sedarkah kalian...
dimanakah kita semua untuk
menjaga ISLAM itu
sedar kita semua
dimana diri kita untuk
membawa panji islam
sedarkah kita semua
dimana kita semua untuk
menegakkan kalimah ALLAH

tahukah kalian...
hidup kita terhidang nya hiburan
lazatnya kehidupan kita setiap  hari

marilah kita semua
di pagi yang indah ini
ana pinjam kan sedikit masa kalian
AYUH LAH
kita bermuhasabah seketika

kepada kaum hawa :

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya